
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Malaya yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2014 apabila tewas agregat 3-4 kepada Thailand.
Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya, Harimau Malaysia dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaan telah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.
Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat adalah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 adalah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2 penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias. Manakala Malaysia berjaya melahirkan pemain tengah yang pakar dalam sepakan percuma, Safiq Rahim.
Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah di dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.
Malaysia dan beberapa negara seperti Thailand adalah satu-satunya pasukan di pentas ASEAN yang tidak menggunakan pemain-pemain luar seperti Indonesia dan Singapura telah lakukan bagi pasukan kebangsaan mereka.
Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan adalah di antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dan masih lagi di dalam memperbaiki diri sendiri.
Sebelum terbentuknya Malaysia, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak, Malaya dan Singapura diwakili oleh pasukan kebangsaan masing-masing. Pasukan bola sepak Malaya dan Singapura sering bertanding di beberapa kejohanan besar pada era itu seperti Pestabola Merdeka. Pasukan bola sepak Borneo Utara dan Sarawak pula bertanding di Piala Borneo iaitu kejohanan yang melibatkan tiga negara iaitu Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Daripada keempat-empat pasukan tersebut, pasukan Malaya merupakan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 diJakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton danStanley Gabriel.

Perlawanan pertama pasukan bola sepak Malaysia diadakan di Stadium Merdeka pada 8 Ogos 1963 dengan gabungan pemain dari Malaya dan Singapura. Pada perlawanan itu, Malaysia tewas 3-4 kepada Jepun. Pasukan ini terus menggunakan gabungan pemain dari Singapura danSemenanjung Malaysia sehinggalah Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965. Sejak itu pasukan ini hanya menggunakan pemain dari Semenanjung Malaysia kerana kekangan pada masa itu untuk ke Malaysia Timur. Hanya pada tahun 1977 barulah FAM menghantar pencari bakat ke Malaysia Timur. Pada 1971, James Wong yang berasal dari Sabah merupakan pemain pertama dari Malaysia Timur terpilih untuk mewakili Malaysia. Senarai itu diteruskan oleh James Yaakub dari Sarawak pada 1977.
Kegemilangan pasukan ini berterusan dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan Abdullah Nordin.[5] Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menewaskan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina sepanjang pusingan kelayakan. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh danSoh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.





.jpg)
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow dimana munculnya gandingan Hassan Sani dan James Wong tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.
Dari tahun 1972, Mokhtar Dahari dianggap sebagai pemain bola sepak legenda untuk pasukan Malaysia kerana dia menempah tempat sebagai salah satu pemain terbaik di Asia. Persatuan Bola Sepak Malaysia berkata Mokhtar Dahari adalah penjaring terbanyak di Asia dengan menjaringkan 175 gol. Walau bagaimanapun, FIFA, AFC dan IFFHS menafikan keputusan itu kerana tidak ada bukti mendakwa dan berkata pemain itu sahaja menjaringkan 5 gol dalam 20 perlawanan. FIFA berkata "rekod tertinggi bagi pasukan Malaysia hanya berjaya menjaringkan lebih kurang 110 gol dalam perlawanan antarabangsa dari tahun 1972 sehingga 1985, tetapi ia masih tidak mungkin bagi pemain untuk menjaringkan 175 gol". Oleh itu, Mokhtar Dahari tidak diiktiraf oleh FIFA untuk menjadi penjaring terbanyak dalam bola sepak Asia.
Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg) dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan underdog pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan.
On April 2009, Datuk K. Rajagopal telah dinamakan jurulatih baru Malaysia menggantikan B. Sathianathan sebagai ketua jurulatih Malaysia. K. Rajagopal juga adalah jurulatih skuad Malaysia di bawah 23 tahun. Perlawanan pertama K. Rajagopal adalah menentang Zimbabwe, yang mana Malaysia menang 4–0. Rajagopal juga melatih Malaysia di dalam dua perlawanan menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United, tewas kedua-dua perlawanan 2–3 and 0–2. Semasa masanya sebagai jurulatih bawah-23, K. Rajagopal mengetuai Malaysia mendapatkan pingat emas Sukan SEA dan juga mengetuai Malaysia melayakkan ke pusingan kedua Sukan Asia 2010 sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik selepas jarak waktu 32 tahun.
Persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.
Pada bulan Jun 2014,Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu menggantikan Datuk K Rajagobal yang tidak disambung kontraknya akhir tahun lalu. Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pemilihan itu dibuat selepas FAM mengambil kira tempoh persediaan singkat menjelang Piala Suzuki AFF dan prestasi Dollah ketika mengendali Pahang tahun lalu dan PDRM tahun ini.
Semasa Dollah membimbing skuad kebangsaan untuk pertama kali, kebanyakan peminat bola tempatan tidak meyakini prestasi harimau malaya berikutan keputusan hambar & sering tewas dalam perlawanan persahabatan. Dalam perlawanan persahabatan pertama, skuad negara tewas 1-4 pada Tajikistan. Kemudian tewas 0-3 kepada Syria & 1-3 pada Vietnam. Kebanyakannya mengkritik cara Dollah Salleh memilih pemain yang hanya berdasarkan prestasi lampau & bukan prestasi semasa. Dollah juga dikritik kerana tidak memanggil pemain yang memenangi Anugerah Penyerang Terbaik Kebangsaan, Mohd Nor Farhan Muhammad untuk mewakili negara.
Pada kejohanan AFF 2014, Malaysia diundi dalam kumpulan bersama dengan Myanmar, Thailand & Singapura yang mana dianggap laluan yang cukup sukar memandangkan Thailand & Singapura ialah juara bertahan piala AFF. Malaysia memulakan langkah hambar apabila seri 0-0 dengan Myanmar & tewas 2-3 kepada Thailand di peringkat kumpulan. Ramai yang menyifatkan laluan Malaysia ke separuh akhir seperti sudah tertutup.
Tetapi keputusan tidak dijangka berlaku apabila Malaysia mencipta kejutan menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Kallang, Singapura. Ini dibantu dengan kekalahan Singapura kepada Thailand di peringkat kumpulan dimana mereka tewas 1-2. Perbezaan mata melayakkan Malaysia ke separuh akhir bersama-sama Thailand, Vietnam & Filipina. Ini merupakan kejayaan manis Malaysia kerana berjaya menundukkan tuan rumah Singapura di tempat lawan.
Pada separuh akhir pertama, Malaysia bertemu Vietnam. Pertemuan ini seperti mengulang semula memori tahun 2010 dimana Malaysia bertemu lawan yang sama di separuh akhir, iaitu Vietnam. Pada separuh akhir pertama, Malaysia kalah 1-2. Ramai yang menyifatkan perlawanan Malaysia menentang Vietnam di Shah Alam antara yang paling mengewakan kerana barisan pertahanan Malaysia seperti hilang punca & fokus sehingga mendorong reaksi marah dari Dollah Salleh. Imej Malaysia juga tercalar kerana berlaku rusuhan di Stadium Shah Alam yang mana penyokong Malaysia bertindak menyerang penyokong Vietnam. Ini disifatkan antara yang mengejutkan peminat bola kerana ia jarang terjadi sebegini pada penyokong tempatan. Malaysia bertandang ke Hanoi yang mana ia juga merupakan satu misi sukar kerana Malaysia memerlukan lebih 2 gol untuk layak ke final Piala AFF Suzuki 2014. Pada separuh akhir kedua, Malaysia sekali lagi mencipta kejutan apabila menang 4-2 ke atas Vietnam & layak ke final dengan agregat 5-3 bertemu Thailand yang menewaskan Filipina 3-0 di Stadium Rajamangala dengan agregat 3-0. Vietnam merupakan tuan rumah bersama Singapura dalam AFF 2014 yang berjaya dikalahkan Malaysia.
Pertemuan Malaysia dan Thailand di AFF 2014 mengembalikan memori Piala Tiger 1996 dimana Thailand menewaskan Malaysia 1-0 dengan jaringan Kiatisuk Senamuang, yang kini jurulatih Thailand. Ironinya, Malaysia & Thailand merupakan finalis yang tidak menggunakan khidmat jurulatih import & pemain naturalisasi. Bahkan kedua-dua jurulatih negara merupakan bekas pemain bolasepak yang mana Kiatisuk pernah beraksi sebagai pemain import untuk pasukan Perlis dan Dollah Salleh sebagai pemain Pahang pada era 90-an. Pada final pertama, Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand di Bangkok. Menyukarkan lagi peluang Malaysia untuk mengecapi Piala AFF 2014 sepertimana pada tahun 2010.
Bagaimanapun, pada final kedua Malaysia hampir mencipta kejutan apabila mendahului Thailand 3-0 di Bukit Jalil. Yang mana disifatkan peluang semakin cerah kerana Malaysia sudah berada pada agregat 3-2 mengatasi Thailand. Tetapi harapan Malaysia musnah apabila Thailand berjaya memperoleh 2 gol pada penghujung permainan. Ini kerana jika Malaysia memperoleh gol di Bangkok, situasi sudah pasti berbeza kerana kelebihan jaringan di tempat lawan sangat penting untuk perlawanan timbal balik. Malaysia akhirnya akur tewas agregat 3-4 yang mana kesudahannya Malaysia 3, Thailand 2. Tapi perbezaan agregat memusnahkan harapan Malaysia untuk menjuarai kejohanan ini buat kali kedua.
AFF 2014 dianggap perlawanan paling dramatik dalam sejarah pasukan bolasepak Malaysia kerana edisi kali ini Malaysia banyak menciptakan kejutan yang mana tidak dijangka oleh lawan mahupun penyokong tanah air.
Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember.[18]
Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2. Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Lalu Harimau Malaya dengan sendirinya dianggap layak dinobatkan kembali sebagai 'raja bola sepak' rantau Asia Tenggara. Ini dikuatkan lagi dengan kejayaannya mempertahan pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2011.
EmoticonEmoticon